Page 158 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 158

Rotan Menjadi
              Rotan Menjadi

                             Rebutan




      T T
      E E
      M M
      A A     MARANG, 10 Februari – Barangan berasaskan rotan, masih mendapat tempat
              dalam kalangan peminat hasil kraf tangan. Amir seorang peniaga barangan
     8 8      rotan berkata, “Rotan dan buluh mampu menghasilkan pelbagai barangan

              dekorasi yang unik dan cantik selain dijadikan perhiasan rumah.”
                  Menurutnya, menjual barangan rotan amat menguntungkan kerana harga
              jualan yang ditetapkan mengikut kualiti dan tahap kesukaran membuatnya.
              Antara barangan kraf yang dijual di kedainya termasuklah kerusi rotan, bekas
              lampu rotan, tudung saji dan lain-lain.
                  Amir juga menjual secara dalam talian. Amir mendapatkan stok daripada
              pemborong untuk memenuhi permintaan orang ramai. Beliau pernah memenangi
              Anugerah Keusahawanan Cemerlang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
              Kini, usaha gigih Amir telah membuahkan hasil. Beliau berjaya meraih
              pendapatan melebihi RM30 000.00 sebulan dengan memasarkan barangan
              berasaskan rotan.
                  Kejayaan usahawan ini bukannya datang bergolek. Amir bekerja keras
              untuk memberikan kehidupan yang lebih terjamin buat keluarganya.
              Beliau pernah bekerja di sebuah kilang sebelum membuka perniagaan sendiri.
              Dengan berprinsipkan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, kini
              perniagaan Amir semakin berkembang maju.






















           148
           148
   153   154   155   156   157   158   159   160   161   162   163