Page 156 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 3 KSSMPK KS
P. 156
B. Sampaikan ucapan dengan intonasi yang sesuai.
Selamat pagi tuan-tuan dan puan-puan. Yang saya hormati, Encik Akmal bin Ahmad,
guru penasihat Kelab Usahawan Muda dan anggota jawatankuasa.
Selaku pengerusi kelab ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana
telah menjayakan hari kantin pada 17 September yang lalu. Hasil dana yang
terkumpul akan disumbangkan kepada pihak sekolah untuk membeli komputer dan
membaik pulih prasarana sekolah. Saya ingin mengucapkan tahniah atas kerjasama
T T yang diberikan oleh anggota kelab.
E E Saya juga berharap agar kita dapat terus mengekalkan usaha sebegini untuk
M M aktiviti yang akan datang.
A A Sekian, terima kasih.
8 8
146
146

