Page 150 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 150
Membaca
Membaca
eknologi
T
Teknologi
dalam Kehidupan
dalam Kehidupan
Suatu masa dahulu
TEMA Ketika telefon bimbit masih baharu
A
EM
T
9 9 Semua orang tahu
Hantar mesej serba ringkas
Maklumat dihantar saling berbalas
Biarpun lambat hati tetap puas.
Kini muncul aplikasi baharu
Lebih cepat dan laju
Teks ditulis dalam telefon pintar
Setiap masa menunggu
Datangnya teks yang dihantar.
Aplikasi baharu
Boleh dengar lagu
Berswafoto dan menonton video
Ke sana sini pasti tidak sesat
Ada penunjuk jalan selamat.
Kecanggihan teknologi
Semuanya di hujung jari
Dunia kini tanpa sempadan
Jangan kita lalai dan alpa
Masa dibuang dengan sia-sia
Sampai renggang hubungan keluarga.
Nukilan,
Asmah Abdul Hamid
Aktiviti
Aktiviti
Bincangkan penggunaan teknologi secara bijak berdasarkan puisi.
140 2.2.2 Membaca dan menghuraikan maklumat daripada pelbagai bacaan.
140

