Page 155 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 155

Tiket Elektronik (E-Tiket)
             Tiket elektronik ialah tiket dalam bentuk digital. Tiket elektronik
             digunakan untuk aplikasi telefon pintar bagi pembelian
             tiket  pengangkutan  awam,  tempahan  hotel,  tiket  wayang
             dan pertandingan sukan. Tiket elektronik diperkenalkan
             sebagai langkah mengurangkan kesesakan di kaunter
             tiket. Selepas menempah dan membuat pembayaran, para
             pengguna boleh mencetak tiket dan seterusnya menggunakan                                TEMA
             tiket tersebut.                                                                           9





                                     Kod QR
                                     Kod QR ialah singkatan untuk  Quick Response
                                     ataupun respons pantas. Kod QR ini akan diimbas
                                     dengan menggunakan telefon pintar yang memiliki
                                     aplikasi pembaca kod QR. Internet atau Wi-Fi akan
                                     menghubungkan telefon pintar dengan portal atau
                                     laman sesawang yang dituju. Pembaca kod QR boleh
                                     mengimbas dan membaca semua jenis bar kod QR
                                     termasuk teks, produk, kalendar, e-mel dan sebagainya.




             Quizizz
             Quizizz  adalah  antara  aplikasi  yang  menarik  yang
             digunakan  dalam pendidikan.  Aplikasi  ini  dianggap
             mampu menggantikan kuiz cara lama yang melibatkan
             kertas dan pen. Melalui Quizizz, seseorang dapat
             mencipta kuiz baharu atau mencuba kuiz yang sedia ada.
             Pembelajaran menggunakan Quizizz bersifat interaktif
             dan menarik. Kuiz dapat dibuat dengan pantasnya dan
             mudahnya tanpa mengambil masa yang lama.




                             Aktiviti
                             Aktiviti





                                                                                                 145
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160