Page 151 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 151
Menulis
Menulis
dalam T
Kam
us
Kamus dalam Talian
alian
Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan kemudahan sumber rujukan
yang sangat berguna, iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM).
Laman sesawang ini boleh diakses pada bila-bila masa. Orang ramai boleh
menggunakan laman sesawang ini bagi mendapatkan maklumat berkaitan
TEMA
dengan kosa kata bahasa Melayu. T EM A
Laman sesawang ini boleh digunakan di dalam kelas dan dikendalikan 9 9
oleh murid-murid. Mereka mencari maklumat berdasarkan perkataan atau
istilah yang ditetapkan oleh guru. Ternyata penggunaannya memberikan
kelebihan kepada murid dan guru dari segi penjimatan masa, interaktif dan
pengayaan maklumat.
Cara menggunakan laman sesawang PRPM:
1. Taip laman sesawang: http://prpm.dbp.gov.my.
2. Taip perkataan atau istilah yang dikehendaki.
3. Klik butang “Cari”.
4. Maklumat dan makna perkataan yang dicari akan terpapar.
Aktiviti
Aktiviti
Senaraikan dan kelaskan perkataan yang terdiri daripada golongan kata
berpandukan teks di atas.
3.2.1 Menulis perkataan yang terdiri daripada golongan kata. 141

