Page 168 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 168
Menulis
Menulis
Ba pa K emer dekaan
Bapa Kemerdekaan
Malaysia
Malaysia
T
TEMA
A
EM
10 10 PERDANA MENTERI PERTAMA
PERDANA MENTERI PERTAMA
Nama: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Tarikh Lahir: 8 Februari 1903
Gelaran: Bapa Kemerdekaan
Tempoh 31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970
Berkhidmat:
• Jasa Tunku Abdul Rahman tidak boleh dilupakan apabila beliau
berjaya membawa kemerdekaan negara tanpa sebarang
pertumpahan darah. Ketika negara mahu menuntut kemerdekaan
daripada penjajah British, Tunku Abdul Rahman yang ketika itu ialah
presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah
mewujudkan kerjasama dengan Persatuan Cina Malaysia (MCA)
dan Kongres India Se-Malaysia (MIC).
• Tunku mengetuai misi ke London untuk berbincang dengan
kerajaan British bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Pertemuan itu telah menyebabkan termeterainya Perjanjian
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1956. Akhirnya, Tanah
Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
• Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa
apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September
1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah
Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.
158
158

