Page 172 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 172

Membaca
                          Membaca

                                                  Bahasa Jiwa Bangsa
                                                  Bahasa Jiwa Bangsa

            Aidil selalu berhubung dengan kenalannya di luar negara. Dia dan rakannya
            bertukar-tukar cerita tentang negara masing-masing.

                                                                    No. 69, Jalan Kasturi 4,
    EM
   T
        A
   TEMA                                                             Taman Kasturi,
     10 10                                                           48300 Rawang,
                                                                     Selangor Darul Ehsan.
                                                                     7 Julai 20


           Menemui  sahabatku,  Herman  yang  berada  di  Palembang,  Indonesia.
           Semoga saudara dan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera.



            Saudara,
               Terlebih  dahulu  saya  ingin  merakamkan  ucapan  terima  kasih  atas
            kesudian saudara menjadi sahabat pena saya. Saya berharap agar kita
            akan saling  mengenal antara satu sama lain dan berkongsi cerita tentang
            pelbagai perkara. Oleh sebab itu, saya ingin bercerita tentang keistimewaan
            bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.



            Saudara,
                Untuk makluman saudara, rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang
             kaum, seperti Melayu, Cina, India dan bumiputera yang menetap di Sabah
             dan Sarawak. Walaupun berlainan bangsa dan agama, rakyat negara ini
             hidup aman, damai dan harmoni antara satu sama lain. Bahasa Melayu
             menjadi bahasa perpaduan yang menyatukan seluruh rakyat Malaysia.
             Dewan Bahasa dan Pustaka ialah badan utama yang memainkan peranan
             penting dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa
             kebangsaan dan bahasa rasmi di Malaysia.
                 Bahasa Melayu juga berperanan sebagai bahasa ilmu untuk menyampaikan
             ilmu kepada rakyat, khususnya generasi muda. Antara institusi yang
             bertanggungjawab terhadap perkembangan ilmu dalam bahasa Melayu,
             termasuklah  Universiti  Kebangsaan  Malaysia  (UKM). Institut Pendidikan
              Guru  Kampus  Bahasa  Melayu (IPGKBM)  pula terkenal sebagai pusat
              kecemerlangan pendidikan pedagogi bahasa Melayu.


          162
          162
   167   168   169   170   171   172   173   174   175   176   177