Page 169 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 169
• Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan.
Beliau sanggup berkorban apa-apa sahaja demi kesejahteraan rakyat.
Namun begitu, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus
pada 13 Mei 1969. Ekoran daripada tragedi tersebut, Majlis Gerakan
Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Penubuhan majlis ini bertujuan untuk
mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum
di Malaysia.
T EM A
TEMA
10 10
Pengisytiharan Kemerdekaan
Tanah Melayu oleh Tunku Abdul
Rahman di Stadium Merdeka pada
31 Ogos 1957.
“Mulai 31 Ogos 1957, (kita) akan
menjadi sebuah negara berdaulat dan
demokratik untuk selama-lamanya, yang
dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan
keadilan serta sentiasa memperjuangkan
kebajikan dan kesejahteraan rakyatnya.”
Tunku Abdul Rahman
(Sumber: Yayasan Kepimpinan Perdana)
Aktiviti
Aktiviti
1. Cari maklumat pemimpin yang lain.
2. Tulis secara ringkas biodata pemimpin tersebut.
IMBAS SAYA
3.1.1 Menulis maklumat dalam pelbagai media: 159
159
ii. media elektronik

