Page 178 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 178

Membaca
                          Membaca

           Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Budi menganjurkan
           kempen semangat cinta akan negara. Pelbagai aktiviti telah dijalankan,
           termasuklah pertandingan syarahan.





                   Semangat Cinta akan Negara
   TEMA            Semangat Cinta akan Negara
    EM
        A
   T
     10 10
           Salam sejahtera. Sekalung penghargaan saya hulurkan buat saudari pengerusi
           majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, seterusnya hadirin dan hadirat
           yang saya muliakan.

           Sidang hadirin yang saya muliakan,
               Perasaan cinta akan negara menjadikan setiap rakyat bertanggungjawab
           untuk mempertahankan negara daripada musuh dan ancaman luar. Rakyat
           juga bertanggungjawab untuk memajukan negara dalam pelbagai bidang.
               Terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat
           cinta akan negara seperti memberikan penekanan tentang proses pemupukan
           semangat patriotik sejak sekolah lagi. Sekiranya semangat patriotik dapat
           dipupuk  sejak kecil,  sudah  tentulah  akan menjadi  amalan yang  berkekalan
           hingga dewasa, sesuai dengan kata pepatah,  melentur buluh, biarlah
           daripada rebungnya. Amalan ini penting supaya setiap rakyat dapat menjaga
           imej negara.
               Semangat cinta akan negara dapat dipupuk melalui contoh dan teladan
           daripada pemimpin negara. Pemimpin masyarakat juga perlu menunjukkan
           sahsiah dan gaya kepimpinan yang baik. Dengan cara itu, anggota masyarakat
           terutamanya golongan muda akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka
           yang memiliki semangat patriotik yang tinggi.
               Sekian, terima kasih.




                           Aktiviti
                           Aktiviti

           1. Berikan contoh amalan yang menunjukkan semangat cinta akan negara.
           2. Jelaskan maksud pepatah melentur buluh, biarlah daripada rebungnya.



          168
          168              2.2.2  Membaca dan menghuraikan maklumat daripada pelbagai bacaan.
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183