Page 174 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 174
Menulis
Menulis
Kibarkan Jalur Gemilang
Kibarkan Jalur Gemilang
Semangat cinta akan negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia dapat
ditonjolkan dengan pelbagai cara, termasuklah mengibarkan Jalur Gemilang.
EM
T
TEMA
A
10 10
Syair Jalur Gemilang
Jalur Gemilang bendera kita,
Lambang rasmi negara tercinta,
Berkibar megah di hati kita,
Kekal di jiwa rakyat jelata.
Rakyat bermegah kibar bendera,
Tidak mengira apa-apa acara,
Berbilang kaum hidup gembira,
Taat dan setia kepada negara.
Jalur Gemilang berwarna-warni,
Putih dan merah suci berani,
Lambang keikhlasan hati nurani,
Seluruh rakyat hidup harmoni.
Tersusun rapi jalur berseri,
Jumlahnya mengikut bilangan negeri,
Rasa bangga tidak terperi,
Jalur Gemilang penguat diri.
Berkibar megah Jalur Gemilang,
Di persada dunia nama dijulang,
Menjadi bukti Malaysia terbilang,
Pencapaian rakyat sangat cemerlang.
IMBAS SAYA
164
164

