Page 50 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 50

Penilaian 7
                          Penilaian 7

           Senaraikan kata nama, kata kerja dan kata adjektif
           yang terdapat dalam petikan.


           Sungai Chilling ialah destinasi yang sesuai untuk
           bersantai pada cuti hujung minggu. Sungai Chilling
           yang terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor juga dikenali
   T EM A  dengan nama Santuari Ikan Sungai Chilling. Kawasan
   TEMA
     3 3   rekreasi ini dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Negeri

           Selangor. Kawasan ini telah diwartakan sebagai taman
           alam semula jadi dan perlindungan ikan kelah.
               Taman Rekreasi Sungai Chilling hanya dibuka pada
           hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Banyak pengunjung datang
           untuk berkhemah dan berkelah, di samping menikmati
           keindahan alam semula jadi. Mereka mendirikan khemah
           di kawasan yang disediakan dengan bayaran deposit
           sebanyak RM10.00 seorang.
               Selain berkhemah, pengunjung juga boleh meredah
           hutan untuk ke kawasan air terjun utama Sungai
           Chilling. Pengunjung perlu melalui enam batang sungai
           dan meniti sebuah jambatan gantung untuk sampai
           ke destinasi.
                Hilang penat lelah yang dirasai apabila sampai
           ke destinasi yang dituju. Pemandangannya yang
                             cantik memukau mata memandang.
                              Air terjun yang dingin mengalir
                              dari Bukit Fraser. Pengunjung berpeluang untuk
                              menyaksikan spesies ikan kelah di situ. Mereka boleh
                              bermandi-manda sambil memberikan makanan kepada
                               ikan kelah.
                                   Bagi mengekalkan dan menjamin kebersihan kawasan air
                               terjun, para pengunjung perlu mematuhi peraturan yang
                                ditetapkan. Antara peraturan itu termasuklah mengurangkan
                                penggunaan beg dan botol plastik. Bayaran deposit
                                sebanyak RM3.00 dikenakan kepada pengunjung yang
                      membawa barang tersebut.




          40
          40
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55