Page 52 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 52

Membaca
                          Membaca






                       anglung
                    T
                    Tanglung


   TEMA
   T EM A
     3 3




             JASIN, 19 Oktober – Tanglung adalah antara kelengkapan dan hiasan utama
             bagi masyarakat Cina setiap kali menyambut Tahun Baharu Cina. Pada
             asalnya, tanglung berfungsi sebagai lampu yang diletakkan di dalam bekas
             untuk melindungi lilin daripada ditiup angin.
                Tanglung menjadi dekorasi di pekarangan rumah, premis perniagaan,
             pusat beli-belah  dan juga pejabat. Tanglung dipasang atau digantung
             semasa sambutan Tahun Baharu Cina untuk memeriahkan suasana. Amalan
             itu dipercayai mampu memberikan tuah atau kehidupan yang lebih baik
             kepada mereka.
                Pada hari ke-15 bulan pertama Tahun Baharu Cina, masyarakat Cina
             mengadakan pesta tanglung. Pesta tanglung ini dipercayai berusia lebih
             2000 tahun. Terdapat pelbagai legenda dan mitos tentang asal usul sambutan
             pesta tanglung ini.



























          42
          42
   47   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57