Page 53 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 4 KSSMPK
P. 53

Baru-baru ini, lebih 600 orang pengunjung memeriahkan sambutan Hari
             Muhibah Pesta Tanglung. Program anjuran Persatuan Buddhist Malaysia
             Cawangan Merlimau dan Jasin ini diadakan di Gelanggang Futsal Merlimau Pasir.
             Program ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan keunikan budaya
             masyarakat majmuk kepada penduduk, di samping mengeratkan hubungan
             kekeluargaan yang sedia terjalin. Selain itu, program ini dapat menyuburkan
             keharmonian dan perpaduan antara kaum.
                Pesta tanglung ini turut dimeriahkan oleh masyarakat Melayu dan India,
             sekali gus menonjolkan keunikan sambutan pada malam berkenaan. Sebanyak                 TEMA
                                                                                                     T
                                                                                                      EM
                                                                                                          A
             300 tanglung yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan rupa dibawa oleh para              3 3
             peserta.  Mereka  berarak  sejauh  500  meter  dengan  disertai  oleh  pemimpin
             masyarakat dan golongan belia.
                Pengerusi majlis sambutan Hari Muhibah Pesta Tanglung, Encik Choo Chin Chye
             berkata, pesta tanglung ialah satu perayaan yang disambut oleh masyarakat
             Cina.  Perayaan  tersebut  tiada  kaitan  dengan  sebarang  unsur  keagamaan.
             Pesta ini membawa mesej yang unik, iaitu masyarakat Melayu, Cina dan India
             boleh hidup secara harmoni dan aman.
                “Kita berasa sangat gembira kerana masyarakat pelbagai kaum bersama-sama
             berarak membawa tanglung dalam pesta itu,” katanya ketika ditemui.

                                             (Sumber: Diubah suai daripada www.utusan.com.my)





























                            Aktiviti
                            Aktiviti

             Senaraikan isi-isi penting berpandukan teks di atas.


                      2.2.1  Membaca untuk menyaring maklumat daripada pelbagai                   43
                                                                                                  43
                                bahan bacaan.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58