Page 16 - Pendidikan Seni Visual Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 16
Seni Kraf
Sejarah dan Perkembangan
Sejarah seni kraf Malaysia boleh dikaitkan dengan kerja tangan yang diusahakan oleh masyarakat
Melayu di Kelantan, Terengganu dan Pahang sekitar tahun 1780-an. Contoh hasil rekaan
mereka ialah keris, perahu payang, wau dan gasing. Seni kraf tradisi mengandungi unsur-unsur
kebudayaan penciptanya yang berupa hiasan. Kedatangan imigrasi luar seperti kaum Cina dan
India telah mempengaruhi rekaan tempatan. Proses asimilasi budaya ini terlihat pada rekaan
seperti ukiran kayu, sulaman dan barang kemas.
Bidang
Seni kraf merupakan bidang yang memerlukan daya cipta dan kemahiran menggunakan tangan.
Bidang kraf ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu seni kraf tradisional dan seni kraf moden.
Seni Kraf
Tradisional Moden
• batik • tenunan • seni kertas • kraf lilin
• tembikar • anyaman • kraf sabun • kraf tali
• ukiran kayu • tekatan • kraf manik
Tekatan Quilling
Rajah 1.4 Jenis-jenis seni kraf
Adiguru dan Produk Anda boleh mengetahui
Seseorang yang pakar dan mahir dalam menghasilkan sesuatu tokoh-tokoh adiguru kraf
kraf dikenali sebagai adiguru. Sumbangan mereka sangat penting dengan melayari laman
bagi mempertahankan seni warisan negara. Justeru, sebagai sesawang berikut:
menghargai sumbangan mereka, kerajaan telah mewujudkan https://goo.gl/
anugerah Tokoh Kraf Negara dan Adiguru Kraf. Dalam bidang 7hjlkf
kraf, terdapat beberapa orang adiguru yang terkenal, antaranya
ialah tokoh-tokoh seperti yang berikut:
Jadual 1.4 Tokoh-tokoh kraf tempatan
Batik Tembikar
• Tokoh: Yusoff Haji Abdullah • Tokoh: Zamari @ Zamri Pandak
• Lahir pada tahun 1928 di Kelantan. • Lahir pada tahun 1942 di Perak.
• Pernah mengikuti kursus seni kreatif (Seni Halus) • Memperoleh kemahiran daripada datuknya.
di Universiti Sains Malaysia. • Berpengetahuan luas dalam teknik penghasilan tembikar.
• Rekaannya menampilkan budaya masyarakat • Menjadi pakar rujuk dan khidmat nasihat kepada pelajar
Pantai Timur. dan orang perseorangan.
• Mengadakan Pameran Lukisan Batik • Menerima anugerah Seal of Excellence
di Moscow pada tahun 1978. daripada UNESCO-AHPADA 2002.
• Menjadi penceramah di pusat • Dianugerahi sebagai Adiguru
pengajian tinggi di dalam dan Kraf Labu Sayong pada
luar negara. tahun 2007.
10

