Page 113 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 113
Salim Pemandu Teksi
Baca dialog di bawah.
Cikgu Jeya menaiki sebuah teksi untuk pergi ke rumah sahabatnya di Jalan Ipoh.
Cikgu Jeya: Selamat sejahtera, encik.
Salim: Selamat sejahtera. Encik hendak ke mana?
Cikgu Jeya: Tolong hantarkan saya ke alamat ini.
Salim: Baiklah. Tempat ini tidak jauh dari sini.
Cikgu Jeya: Terima kasih.
Salim: Sama-sama.
Cikgu Jeya: Sudah berapa lamakah encik menjadi pemandu teksi?
Salim: Saya menjadi pemandu teksi sejak lima tahun lalu, sebaik saja
pencen daripada tentera.
Cikgu Jeya: Encik memang berasal dari Kuala Lumpur?
Salim: Saya berasal dari Taiping, Perak. Saya menetap di Gombak.
Cikgu Jeya: Apakah cabaran yang encik hadapi sepanjang menjadi pemandu
teksi?
Salim: Sepanjang menjadi pemandu teksi, saya berhadapan dengan
pelbagai kerenah penumpang. Dalam kalangan penumpang
saya, ada yang bersopan dan ada juga yang kurang beradab.
Semua itu menguji kesabaran saya.
Cikgu Jeya: Rupa-rupanya, menjadi seorang pemandu teksi juga memerlukan
kesabaran yang tinggi.
Salim: Ya, encik! Encik kerja apa?
Cikgu Jeya: Saya seorang guru.
Salim: Tugas seorang guru memerlukan kesabaran yang lebih tinggi.
Cikgu Jeya: Apa-apa kerja sekalipun memerlukan kesabaran.
Salim: Pemandu teksi pun perlu banyak bersabar dengan kerenah
penumpang.
Cikgu Jeya: Betul. Saya setuju.
Aktiviti
1. Berikan maksud perkataan yang berhuruf tebal.
2. Mengapakah kita harus menghormati orang lain?
• Murid menjelaskan maksud perkataan yang dibaca dengan betulnya.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bersopan santun, Berdikari
KB: Menjanakan idea EMK: Keusahawanan
104 2.1.2 BCB: Membaca dengan berkesan

