Page 108 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 108
Membeli e-Tiket ETS
Baca dan fahami dialog di bawah.
Pada cuti penggal pertama, Cikgu Saiful merancang untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke Ipoh dengan menaiki ETS. Pijut, Daren, Cheah dan
Mili berminat untuk mengetahui cara membeli tiket ETS.
Cikgu Saiful: Pada cuti penggal pertama nanti, cikgu merancang untuk
mengadakan lawatan ke Ipoh. Kita akan menaiki ETS.
Pijut: Wah, seronoknya! Saya belum pernah lagi menaiki ETS.
Daren: Cikgu, bagaimanakah cara untuk kita mendapatkan tiket ETS?
Cikgu Saiful: Banyak cara yang boleh kita gunakan untuk membeli tiket ETS.
Cheah: Bukankah kita hanya perlu ke stesen kereta api dan membeli
tiket?
Cikgu Saiful: Betul. Selain itu, kita juga boleh membeli tiket melalui e-tiket,
tempahan e-mel, tempahan telefon dan di semua kaunter tiket 6
KTM antara bandar.
Mili: Oh, rupanya banyak cara untuk kita membeli tiket ETS!
Cikgu Saiful: Terdapat juga beberapa kaunter yang menerima kad kredit
sekiranya harga tiket melebihi RM50.
Pijut: Cikgu, bagaimanakah pula kita hendak membeli tiket ETS?
Cikgu Saiful: Kita akan membeli tiket melalui e-tiket. Hari ini cikgu akan
mengajar kamu cara menempah e-tiket.
Daren: Cikgu, marilah kita tempah sekarang.
Cikgu Saiful: Baiklah.
Aktiviti
1. Senaraikan kata nama yang terdapat dalam dialog di atas.
2. Terangkan cara untuk membeli tiket ETS.
• Murid menyampaikan maklumat dalam bentuk pendapat atau ucapan ringkas.
KBT: KP: Verbal-linguistik Nilai: Bertanggungjawab, Bekerjasama, Menghormati
KB: Menjanakan idea EMK: TMK
99
1.4.2/ BCB: Mendengar dan menulis dengan berkesan
3.3.2

