Page 117 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 117

C.    Deklamasikan sajak di bawah.




                                       Tenang dalam Kesesakan




                                    Tiap masa sepanjang hari
                                    jalan-jalan di kota ini
                                    menerima kehadiran tetamu
                                    yang gopoh dalam perjalanan
                                    lemas dalam kesesakan.
                                    Dalam hati
                                    kesabaran menghilang
                                    keangkuhan menguasai setiap ruang
                                    Mampat dengan emosi
                                    bosan menguasai diri.
                                    Namun,
                                    Sewaktu di perjalanan
                                    ketenangan penghuni kota ini
           6                        masih lagi di hati

                                    yang pasti cuma perlumbaan dan harapan
                                    agar jalan-jalan kota ini tetap teguh berdiri
                                    kesantunan tetap terlukis di hati
                                    kemanusiaan masih terukir dalam diri.
                                    Nukilan.
                                    Subai810







                    Aktiviti
                  1.  Berikan pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

                  2.  Bina ayat penyata berdasarkan perkataan dan frasa yang berikut.

                               sepanjang hari                                  keangkuhan


                              kehadiran tetamu                                  kesopanan

                                 kesabaran                                     semakin sepi


                108
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122