Page 125 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 125
Baca dan fahami.
Hargai Alam Kita
Kelab Alam Sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah menjemput
penceramah bersempena dengan program menghargai alam sekitar.
Saudara dan saudari yang saya kasihi,
Apabila menyebut perkataan alam, sudah tentu kita terbayang akan
segala makhluk di muka bumi ini. Kesemuanya anugerah Tuhan yang tidak
ternilai harganya. Kita semua selaku penghuni alam perlu mencintai alam
sekitar dengan memainkan peranan tertentu.
Tanggungjawab menjaga alam sekitar bermula daripada diri kita sendiri.
Walau di mana kita berada pastikan persekitaran kita bersih. Amalkan sikap
menjaga kebersihan dengan tidak membuang sampah di merata-rata tempat.
Elakkan daripada melakukan pembakaran terbuka. Kesedaran tentang perkara
ini amat penting bagi memastikan alam sekitar bebas daripada sebarang
pencemaran.
7 Kita bertanggungjawab untuk memastikan alam sekitar bersih dan
sentiasa terpulihara. Penanaman tumbuhan hijau memberikan suasana
yang sejuk dan nyaman. Negara kita kaya dengan hutan hujan yang dipenuhi
dengan tumbuhan hijau. Tumbuhan ini membekalkan oksigen dan karbon
dioksida dalam atmosfera. Hutan juga boleh mengawal hakisan dan banjir.
Penebangan hutan secara haram yang berleluasa dan pencerobohan hutan
simpan boleh merosakkan alam sekitar.
Sesungguhnya penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab kita semua.
Sekiranya alam sekitar tercemar, setiap hidupan lebih-lebih lagi manusia akan
berhadapan dengan pelbagai risiko terutamanya serangan penyakit. Ingatlah
pesanan daripada peribahasa, ingat sebelum kena, jimat sebelum habis dan
jangan sudah terhantuk baru terngadah.
Sekian, terima kasih.
Aktiviti
Bina ayat menggunakan perkataan berhuruf tebal.
• Murid membaca dan memahami makna perkataan.
KBT: Kontekstual Nilai: Menghargai, Bertanggungjawab
KB: Menghubungkaitkan EMK: Pendidikan Alam Sekitar
116 2.1.1 BCB: Membaca secara mekanis
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 7.indd 116 10/17/16 2:50 PM

