Page 149 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 149

Baca dan fahami cerita.


                                                Berat Sama Dipikul


                  Jambatan kayu di kampung telah
                  runtuh akibat dihanyutkan air
                  semasa banjir. Oleh itu, penduduk
                  kampung bergotong-royong untuk
                  membaiki jambatan tersebut.
                  Daren mengajak beberapa orang
                  kawannya       membantu       orang
                  kampung. Daren bertemu dengan
                  Pak Cik Mat.


                  Daren:               Bolehkah saya
                                      bantu, pak cik?
                  Pak Cik Mat:         Boleh, kamu tolong angkat kayu itu dan susunkan di sini.
                  Daren:               Manjit, mari kita angkat bersama-sama. Saya tidak terdaya
           8                          mengangkatnya seorang diri.

                  Manjit:              Betul kata awak, Daren. Mari kita mulakan.
                  Asyraf:              Hati-hati, kawan. Pegang kuat-kuat. Kayu itu berat.
                  Yoges:               Asyraf, mari kita susunkan kayu-kayu ini dekat dengan
                                       Pak Cik Mat.
                  Ketua Kampung:   Rajinnya kamu bekerja. Apabila jambatan siap, budak-budak
                                      dapatlah ke sekolah.
                  Pak Cik Mat:         Kita hendak ke pekan pun mudah.
                  Ketua Kampung:   Betul, Mat. Dengan berganding bahu begini, kerja sukar
                                      menjadi mudah.
                  Pak Cik Mat:         Terima kasih kami ucapkan kepada kamu semua.
                  Daren:               Sama-sama, pak cik.



                    Aktiviti

                  Nyatakan aktiviti lain yang boleh membantu mangsa banjir.





                                   •  Murid menerangkan isi tersurat dalam cerita.
                                   KBT: KP: Kontekstual                                   Nilai: Keyakinan, Berdikari, Kesyukuran
                                           KB: Menghubungkaitkan                  EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
                140        2.2.2           BCB: Membaca secara mekanis
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154