Page 150 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 150

Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul.


                                                    Rukun Tetangga

                   Rukun Tetangga ialah pasukan sukarela yang ditubuhkan untuk membantu
                   menjaga keselamatan penduduk setempat.


                            motosikal                       logo                     lampu suluh




                              jaket                        kayu                           Bilik




                              jadual                     penduduk                    perumahan


                   Rukun tetangga diwujudkan di setiap tempat tinggal seperti kawasan
                   __________________ . Anggotanya terdiri daripada semua  _______________.
                   Mereka mengawal tempat tinggal secara bergilir-gilir mengikut _____________                8
                   yang disediakan.
                        Setiap kawasan atau sektor rukun tetangga yang mengendalikan Skim
                   Rondaan Sukarela perlu mempunyai sebuah pusat rondaan sebagai pusat
                   operasi. _____________ rukun tetangga atau dewan orang ramai biasanya
                   dijadikan pusat rondaan.
                        Anggota rukun tetangga membawa peralatan seperti set  walkie-talkie,
                   ____________________ dan _________________ semasa pergi meronda.
                   Mereka  juga  perlu  memakai  _________________  keselamatan  yang
                   menggunakan _____________ rukun tetangga.
                        Tugas rondaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu rondaan berjalan kaki
                   dan rondaan berkenderaan. Rondaan berkenderaan boleh dilaksanakan sama
                   ada menggunakan kereta, __________________ atau basikal.




                     Aktiviti

                   Bina ayat menggunakan kata nama berdasarkan pilihan jawapan.



                                    •  Murid melengkapkan ayat menggunakan kata nama yang sesuai dan tepat.
                                    KBT: KP: Kontekstual                             Nilai:  Bekerjasama, Semangat bermasyarakat
                                             KB: Menjanakan idea                   EMK: Ilmu – Pendidikan Moral
                             3.3.2          BCB: Menulis secara mekanis                                 141
   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154   155