Page 151 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 151
A. Gariskan kata nama yang terdapat dalam pantun.
Bunga balung bunga dahlia,
Cantik dilekat pada tongkat;
Tolong-menolong amalan mulia,
Jiran sepakat membawa berkat.
Kemas rumah di pagi Sabtu,
Hias balkoni penuh gaya;
Banyak hikmah jika bersatu,
Hidup harmoni bertambah jaya.
8
Anak angsa suka menyudu,
Terlompat-lompat si anak kera;
Semua bangsa bersatu padu,
Hidup muafakat aman sejahtera.
Batu geliga batu permata,
Diikat dengan emas suasa;
Jiran tetangga saudara kita,
Eratkan hubungan setiap masa.
Aktiviti
Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam pantun.
142
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 8.indd 142 10/17/16 3:36 PM

