Page 156 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 156

Baca dan fahami.
                                                 Catatan Perjalanan

                   Jumaat, 8 September 20         .

                   9:30 pagi       –  Bertolak dari KL Sentral menaiki ETS ke Sungai Petani, Kedah.
                                     Sepanjang perjalanan, kami berbual-bual sambil menikmati
                                     keindahan alam semula jadi. Kami sempat mencatat nama-nama
                                     tempat yang kami lalui.

                   4:00 petang  –  Tiba di Stesen Kereta Api Sungai Petani. Kemudian, menaiki bas
                                     yang disewa khas ke tempat penginapan di Pusat Rekreasi Air
                                     Panas Ulu Legong.

                   5:00 petang  –  Kami tiba di destinasi yang dituju. Semua peserta rombongan
                                     berkumpul di dewan. Cikgu Eda memberikan  taklimat
                                     keselamatan dan aktiviti yang akan dijalankan.

                   8:30 malam  –  Kami teruja untuk masuk ke kawasan kolam air panas. Kami
                                     dapat melihat sumber mata air panas yang keluar dari celah-celah         9
                                     batu sulfur yang terdapat di dalam kolam. Cikgu Eda membawa
                                     kami ke kolam yang agak cetek.

                   10:00 malam  –  Cikgu  Eda  membawa  kami  melawat  persekitaran  taman
                                     rekreasi. Kami singgah di gerai menjual  makanan tradisional
                                     dan cenderahati. Kami membeli sedikit buah tangan untuk
                                     dibawa pulang.
                   10:30 malam  –  Pulang ke tempat penginapan.


                   Sabtu, 9 September  20        .

                   10:00 pagi      –  Kami meninggalkan Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong.
                                     Sebelum meneruskan perjalanan ke  destinasi berikutnya,
                                     kami singgah bersarapan di pekan Baling.


                     Aktiviti

                   Ceritakan pengalaman lawatan yang pernah kamu sertai.


                                    •  Murid menerangkan makna perkataan dengan betulnya.
                                    KBT: KP Kontekstual                                         Nilai: Keberanian, Menghargai, Kesyukuran
                                            KB: Menghubungkaitkan                          EMK: TMK
                             2.1.2          BCB: Membaca secara mekanis                                 147





          Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 9.indd   147                                                    10/17/16   2:55 PM
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161