Page 161 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 161

Baca dan fahami cerita.


                                                 Mesin Putu Mayam

                  Pernahkah kamu mendengar tentang putu
                  mayam? Putu mayam merupakan makanan
                  tradisional India. Namun kini, putu mayam
                  turut dinikmati dan digemari pelbagai bangsa
                  di Malaysia.
                      Pada zaman dahulu, putu mayam dijaja
                  dengan menaiki motosikal ataupun basikal.
                  Sekarang,  putu mayam boleh didapati pada
                  bila-bila masa dan di mana-mana sahaja
                  terutama di pasar malam dan pasar tani.
                      Putu mayam mendapat permintaan yang
                  tinggi di negara kita. Bagi peniaga, kepuasan
                  pelanggan sentiasa menjadi keutamaan.
           9      Tempahan yang banyak daripada pelanggan
                  memerlukan peniaga menghasilkan putu
                  mayam secara lebih cepat. Penghasilan
                  putu mayam secara tradisional tidak sesuai
                  digunakan kerana mengambil masa yang
                  agak lama.
                      Oleh itu, Zull Design Autotronic (ZDA)
                  telah berjaya mencipta mesin putu mayam.
                  Dengan menggunakan mesin ini, penghasilan
                  putu mayam menjadi lebih mudah dan
                  menjimatkan masa. Lebih  banyak putu
                  mayam dapat dihasilkan. Selain putu mayam,
                  mesin tersebut juga boleh digunakan untuk
                  menghasilkan muruku dan laksa.


                    Aktiviti
                  1.  Senaraikan isi penting dalam cerita.
                  2.  Nyatakan kelebihan penggunaan mesin yang dihasilkan.


                                    •  Murid membaca bahan cerita dengan sebutan yang betul.
                                    KBT: KP: Verbal-linguistik                             Nilai: Keberanian, Berdikari, Kesyukuran
                                            KB: Menghubungkaitkan                      EMK: Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi
                152         2.2.1           BCB: Membaca secara mekanis
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166