Page 166 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 166
UNIT
27 Produk Desa Lestari
Sampaikan ucapan yang berikut dengan intonasi yang betul.
Nurul dan keluarganya telah mengadakan program Hari Keluarga di Inap Desa
Atazai, Sabak Bernam, Selangor.
Hadirin yang dihormati,
Saya ingin mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Inap
Desa Atazai. Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, inap desa kami
terdiri daripada empat buah kampung. Kebanyakan penduduk di kawasan
ini berketurunan Jawa.
Kami menawarkan beberapa pakej yang tuan-tuan dan puan-puan
boleh pilih. Kami juga menyediakan pelbagai aktiviti kebudayaan yang unik
bagi masyarakat Jawa di sini. Antaranya ialah kuda kepang, barongan, 9
gamelan jawa, kempling dan kompang. Selain keunikan kebudayaannya,
inap desa kami juga menyediakan pelbagai jenis makanan masyarakat
Jawa seperti nasi ambeng, lemper pulut, pecal, sambal tahun dan nasi
punten.
Tuan-tuan dan puan-puan boleh mengambil bahagian dalam aktiviti
seperti menggagau ikan, menumbuk padi dan bermain layang-layang. Di
kawasan ini juga terdapat kilang kerepek, jeli kelapa dan baulu yang boleh
dilawati pada bila-bila masa sahaja.
Kami berharap tuan-tuan dan puan-puan akan terhibur dan menikmati
keindahan alam semula jadi di inap desa kami.
Sekian, terima kasih.
Aktiviti
Nyatakan keistimewaan yang terdapat di Inap Desa Atazai.
• Murid menyatakan maklumat dengan intonasi yang betul.
KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis Nilai: Kesyukuran, Kasih sayang, Kebersihan
KB: Menjanakan idea fizikal dan mental
1.4.2 BCB: Mendengar dengan berkesan EMK: Sosiobudaya, Keusahawanan 157

