Page 177 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 177

kos   harga yang perlu dibayar untuk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara sesuatu,
                      biasanya berupa wang, masa dan tenaga.
                  kuarantin  tempoh masa seseorang, haiwan, atau tumbuhan yang disyaki membawa
                      sesuatu jenis penyakit ditahan di tempat pengasingan khas untuk mencegah penyakit
                      itu daripada merebak.
                  landskap  pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur seperti bukit
                      bukau, sungai dan tumbuh-tumbuhan.
                  manual  buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melakukan sesuatu,
                      dilakukan atau dikendalikan dengan tangan.
                  menelaah   mengkaji semula, mengulang pelajaran.
                  minda   akal fikiran, daya berfikir.
                  minda kelas pertama   ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan
                      individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.
                  modal   sesuatu yang diguna untuk mendapatkan atau mencapai sesuatu yang lain.
                  modal insan   generasi pelapis yang mampu mewarisi tampuk pemerintahan negara suatu
                      hari nanti berdasarkan corak dan acuan modul kerajaan.
                  moyang  bapa atau ibu kepada datuk, nenek kepada bapa atau ibu.
                  ngeri   berasa takut, meremang, seram.
                  nukilan   sesuatu yang dipetik, petikan (terhadap pelbagai sumber).
                  organisasi   kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian dalam sesuatu pertubuhan
                      untuk tujuan tertentu.
                  origami   seni lipatan kertas untuk dijadikan objek hiasan.
                  pemandulan   perihal perbuatan memandulkan benda hidup manusia atau haiwan
                  PERKESO   Pertubuhan Keselamatan Sosial.
                  produk   sesuatu yang dikeluarkan oleh kilang.
                  profil diri  bentuk atau gambaran sesuatu sebagaimana yang dilihat.
                  resume   keterangan ringkas tentang maklumat diri.
                  salasilah  daftar keturunan, susur galur, susur galur sesebuah keluarga atau asal usul
                      keturunan sesebuah keluarga.
                  santai   dalam keadaan rehat dan bebas.
                  sebaya   seumur, sama umur.
                  setem   kertas kecil bergam, bergambar dan mempunyai nilai tertentu.
                  spesies   golongan benda yang mempunyai sifat yang sama atau bersamaan bangsa, jenis.
                  status   taraf atau kedudukan.
                  sulfur   sejenis unsur bukan logam, belerang.
                  syif  kumpulan yang bekerja bergilir-gilir dengan kumpulan lain, tempoh kerja yang
                      dijadualkan.
                  tahlil   ucapan kalimah “lailahaillallah” berulang-ulang.
                  tempe   makanan yang diperbuat daripada kacang soya yang diragikan.
                  teruja  timbul minat yang kuat terhadap sesuatu, naik semangat.
                  tragedi   peristiwa yang sedih.
                  vaksin   sediaan bakteria, virus yang sudah mati atau dilemahkan untuk disuntik atau ditanam
                      dalam badan supaya menghasilkan daya tahan terhadap penyakit tertentu.
                  wakaf   sesuatu yang diberikan untuk kegunaan orang ramai, tempat berhenti sebentar.
                  warisan   harta peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi, sesuatu yang turun-temurun.
                168






          Bahasa Melayu Tingkatan 1 Akhiran.indd   168                                                   10/17/16   2:58 PM
   172   173   174   175   176   177   178   179   180