Page 173 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 173
B. Lengkapkan karangan di bawah.
Baru-baru ini, sekolah Manjit telah mengadakan Hari Usahawan. Sebagai
Setiausaha Hari Usahawan, Manjit diminta untuk menulis laporan tentang
program itu selengkapnya.
diketuai makanan pengunjung pusat sumber dimeriahkan
bayaran kerjasama program membanjiri Keuntungan
menjual memupuk mendirikan permintaan barang
Laporan Hari Usahawan
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah
Pada 29 Mac 2017, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah telah
mengadakan Hari Usahawan. Tujuan ........................ itu diadakan adalah
untuk ................................ semangat berniaga dalam diri murid-murid.
Program itu dijalankan dengan ...........................................antara guru, murid
dan kakitangan sekolah.
Sehari sebelum program berlangsung, murid-murid membantu guru
untuk ............................................ khemah. Setiap khemah dihias dengan
cantik untuk menarik perhatian ...................... . Awal pagi lagi orang ramai
sudah ......................................... kawasan sekolah. Pelbagai .........................
dijual pada hari itu. Antaranya pakaian, ..............................., perhiasan diri
dan alat tulis.
Gerai yang menarik ramai pengunjung ialah gerai yang .......................
nasi lemak dan ayam goreng yang .......................... oleh Cikgu Eda. Program
Hari Usahawan itu ......................... .... lagi dengan gerai lagu-lagu permintaan.
Murid-murid dan para pengunjung boleh membuat .......................................
lagu dengan ................................... serendah lima puluh sen sahaja.
Program Hari Usahawan ini berakhir pada pukul 4:00 petang.
..................... daripada perniagaan akan digunakan untuk menambah bahan
bacaan di .................................. sekolah. Diharap program seperti ini akan
diadakan lagi pada tahun hadapan.
Disediakan oleh,
…………………..
(MANJIT SINGH)
Setiausaha Hari Usahawan,
Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Indah.
164
Bahasa Melayu Tingkatan 1 Akhiran.indd 164 10/17/16 2:57 PM

