Page 174 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 174

C.   Baca petikan di bawah dan jawab soalan.


                   Mili berasa amat gembira dan tidak sabar untuk pulang ke kampung
                   halamannya di Kuching, Sarawak. Kepulangan kali ini lebih bermakna kerana
                   Mili dan keluarganya akan menetap di sana. Tepat pada pukul 9:00 pagi, Mili
                   dan  keluarganya  sudah  berada  di  Lapangan  Terbang  Antarabangsa  Kuala
                   Lumpur (KLIA). Pesawat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak
                   akan berlepas tepat pada pukul 9:30 pagi.
                        Kapal terbang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa
                   Kuching pada pukul 11:30 pagi. Sebaik sampai di ruang menunggu, datuk
                   dan nenek Mili sudah sedia menanti. Alangkah gembiranya mereka apabila
                   melihat anak dan cucu mereka. Mereka segera bertolak ke destinasi. Mili berasa
                   sungguh seronok kerana dapat bertemu saudara-mara di Kuching, Sarawak.

                   1.  Mengapakah Mili berasa sungguh seronok?
                        A.  Cuti sekolah telah bermula.
                        B.  Dapat makan makanan yang enak.
                        C.  Menghabiskan masa cuti bersama-sama keluarga.
                        D.  Dapat tinggal bersama-sama datuknya di Kuching, Sarawak.

                   2.  Di manakah Mili menaiki pesawat?

                        A.  Lapangan Terbang Kuantan
                        B.  Lapangan Terbang Subang
                        C.  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
                        D.  Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

                   3.  Siapakah yang menjemput Mili dan keluarganya di lapangan terbang?

                        A.  Ibu dan ayah Mili
                        B.  Datuk dan nenek Mili
                        C.  Abang dan ayah Mili
                        D.  Nenek dan abang Mili

                   4.  Pada pendapat kamu, mengapakah kita harus menghormati warga tua?



















                                                                                                        165
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179