Page 90 - Bahasa Melayu Komunikasi Tingkatan 1 KSSMPK KS
P. 90

Berhemah di Jalan Raya


                   Baca petikan di bawah.


                   Seorang pegawai polis sedang memberikan ceramah tentang langkah-langkah
                   untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Program ini bersempena dengan
                   kempen “Berhemah di Jalan Raya Tanggungjawab Kita”.




                   Assalamualaikum dan salam sejahtera,


                   Pertama sekali bagi pihak polis, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
                   kepada semua yang sudi melapangkan masa untuk hadir pada hari ini.
                   Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan menunjukkan sokongan kepada program
                   keselamatan jalan raya. Program  ini bersempena dengan kempen “Berhemah
                   di Jalan Raya Tanggungjawab Kita”.
                        Izinkan  saya  untuk memberikan  panduan  keselamatan  di sepanjang
                   pemanduan. Pemandu haruslah merancang perjalanan terlebih dahulu dan                       5
                   sentiasa mematuhi peraturan jalan raya. Selain itu, sekiranya berasa letih,
                   tangguhkan perjalanan atau berehat sebentar di kawasan rehat dan rawat.
                        Para pemandu juga dinasihati supaya tidak mencelah-celah di antara
                   kenderaan dan jangan memotong di selekoh dan garisan berkembar. Elakkan
                   daripada mengekori kenderaan dalam jarak yang terlalu rapat. Selain itu,
                   jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan.
                        Semoga  panduan ini  menjadikan kita lebih berhemah di jalan raya. Jalan
                   raya bukanlah tempat untuk berlumba. Berhati-hati di jalan raya.
                   Sekian, terima kasih.










                     Aktiviti

                   Senaraikan peraturan jalan raya yang terdapat dalam teks.



                                     •   Menyalin ayat dan peraturan dengan menggunakan perkataan, frasa dan rangkai kata
                                       yang betul.
                                     KBT: KP: Verbal-linguistik, Naturalis       Nilai: Menghormati, Bertimbang rasa, Prihatin
                                             KB: Menghubungkaitkan               EMK: Kreativiti dan Inovasi  81
                             3.2.1
                                             BCB: Menulis secara mekanis



          Bahasa Melayu Tingkatan 1 Tema 5.indd   81                                                     10/17/16   2:40 PM
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95