Page 15 - Buku Laporan konvensyen AMANAH NEGERI PERAK 2022
P. 15
Laporan Aktiviti Tahunan telah dicadangkan untuk disahkan oleh Ibrahim Bin MS Ahmad dari
Kawasan Kampar dan disokong oleh Mehzalan Bin Saran dari Kawasan Bukit Gantang.
04. MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER
2020
Bendahari, Akhiruddin Bin Mohamad Taib telah membentangkan laporan kewangan berakhir 31
Disember 2020 seperti dalam penyata kewangan. (ms 63-67)
Laporan Kewangan telah dicadangkan untuk disahkan oleh Mohamad Zuhail Bin Md Zaini dari
Sayap Pemuda dan disokong oleh Syahrunnaim Bin Salehuddin dari Kawasan Batu Gajah.
05. PERBENTANGAN DAN PERBAHASAN USUL
Terdapat 7 Usul yang telah dihantar kepada urusetia konvensyen.
Kebanyakan usul tidak menepati ciri-ciri usul dan penyelesaian
Daripada 7 usul tersebut, hanya 2 usul diterima untuk dibahaskan.
Usul tersebut adalah seperti berikut :
Tajuk Usul 1 : Penggunaan logo PH pada PRU-15
Oleh : Perwakilan Kawasan Padang Rengas (Uzair Bin Abdul Aziz)
Kawasan Padang Rengas mengusulkan agar penggunaan logo PH dipergiatkan sebelum PRU-
15.Penggunaan logo Keadilan sebagai logo PH perlu digantikan agar pengundi melihat PH lebih solid
dan kompak tanpa mana-mana parti dalam PH yang dilihat lebih superior.Usaha ini perlu disegerakan
agar para pengundi luar bandar dan kawasan pendalaman dapat pendedahan dan info yang cukup
tentang perubahan logo PH dalam pilihanraya umum akan datang bagi mengelakkan sebarang
kekeliruan dan manipulasi.
Usul ini telah disokong oleh : Mohd Firdaus Bin Ahmad, Perwakilan dari Kawasan parit Buntar
Usul ini telah diterima.
Tajuk Usul 2 : Kerusi Parlimen Tambun dan Tapah
Oleh : Perwakilan Sayap Wanita Negeri (Mahani Bin Abdullah)
Sayap Wanita Negeri mengusulkan agar Amanah menawarkan diri bertanding bagi kerusi Parlimen
Tambun dan Tapah yang telah menjadi ‘terbuka’ akibat pengkhianatan Bersatu melalui langkah
Sheraton. Amanah mempunyai ramai calon berpotensi untuk diletakkan di dua Parlimen tersebut.
Usul ini telah disokong dengan pindaan oleh : Khairol Najib Bin Hashim, Perwakilan dari Pemuda
Negeri dan Uzair Bin Abdul Aziz, Perwakilan dari Padang Rengas
Usul ini telah diterima.
06. PEMILIHAN 5 ORANG WAKIL NEGERI KE KONVENSYEN NASIONAL 2021
15

