Page 18 - Buku Laporan konvensyen AMANAH NEGERI PERAK 2022
P. 18
c)Ucapan Pemuda Negeri, Khairol Najib Bin Hashim
Parti perlu ramai ahli muda tidak kira lelaki atau perempuan bagi memantapkan Amanah Perak
Pemimpin perlu menyediakan cara dan strategi tertentu untuk memikat hati pengundi muda
Pemuda bersedia untuk dicalonkan dimana-mana kerusi Dun atau Parlimen untuk PRU15 ini.
d)Ucapan Setiausaha, Salman Bin Saleh
Kepimpinan Dato Asmuni di Perak teguh dan mantap,mendapat sokongan besar kepimpinan
negeri
Segala keputusan parti dibuat melalui proses mesyuarat
Jangan ada gerakan untuk wujudkan parti dalam parti, Ikut pemimpin yang telah dipilih secara
sah
Dalam Amanah,tiada siapa yang lebih besar dari parti
Jangan bawa isu dalaman parti ke media sosial.Ini akan merosakkan sistem pentadbiran parti
Isu calon PRU15 telah ada garis panduan yang dikeluarkan oleh Nasional.
e)Ucapan Naib Pengerusi, Dr Fakhruldin Bin Mohd Hashim
Parti akan mengatur dan membentuk program kepimpinan muda samada wanita atau lelaki
Konflik dalaman yang berlaku di Perak akan diuruskan dengan baik melibatkan semua pihak
yang berkepentingan.
Semua kepimpinan perlu akur kepada keputusan parti, perbaiki hubungan Adun dengan
Kawasan.
Bajet 2022,akan diperhalusi sebagai bahan kempen parti untuk PRU15
f) Ucapan Naib Pengerusi Negeri,Dr Muhaimin Bin Sulam
Konflik dalaman parti tidak dapat dielakkan dari terjadi namun pemimpin akan menguruskannya
dengan bijaksana dan teratur
Perwakilan perlu memberikan kepercayaan kepada pimpinan untuk mengurus dan membuat
keputusan dalam suasana politik yang pantas ketika ini.
g)Ucapan Timbalan Pengerusi Negeri, YB Dato’ Seri Muhammad Nizar Bin Jamaluddin
Masalah dalaman parti perlu diperjelaskan kepada ahli dengan segera
Jentera parti perlu bersiap sedia berhadapan dengan PRU yang dijangka berlaku pada bila-bila
masa.
18

