Page 16 - Buku Laporan konvensyen AMANAH NEGERI PERAK 2022
P. 16
Syahrunnaim Bin Salehuddin ,perwakilan dari Kawasan Batu Gajah mencadangkan agar 5 orang wakil
negeri ke konvensyen nasional 2021 ditentukan dalam mesyuarat jawatankuasa pimpinan negeri.
Cadangan ini telah disokong oleh Mohamad Zuhaili Bin Md Zaini ,Perwakilan dari Sayap Pemuda .
07. PERBAHASAN PERWAKILAN KAWASAN DAN SAYAP
a) Perwakilan Kampar,Mior Arif Ashaari Bin Mior Rahim
Mahukan ahli bermuhasabah supaya dapat mengenal pasti tujuan berjuang untuk Amanah.
Kepimpinan perlu membincangkan matlamat Amanah ditubuhkan.
b) Perwakilan Bagan Serai, Ahmad Saqif Ansorullah Bin Ahmad Jihbadz Mokhlis
Membangkitkan isu pilihanraya dalam norma baharu,perlu ada keadilan dan kesaksamaan.
Isu ini perlu jadi penting untuk mengawal kegiatan haram seperti rasuah dan sebagainya.
Perlu nyatakan dengan jelas apa yang nak diberi kepada rakyat agar rakyat bersama Amanah
c) Perwakilan Taiping, Rosli Bin Che Dan
Permasalahan dalaman Amanah Perak tidak perlu ditutup tetapi perlu cari punca untuk
menyelesaikan masalah dalaman tersebut.
Kita perlu bersatu hati untuk menghadapi PRU akan datang
Jangan amalkan politik tosik dalam Amanah
d) Perwakilan Ipoh Barat, Azmy Bin Mohamed Nazir
Perlu ada program untuk melahirkan pemimpin masa depan.Program Tanwir perlu
diperkasakan dengan melibatkan semua lapisan pimpinan.
Perlu siap sedia dengan isu ekonomi yang berlaku dalam negara.
e) Perwakilan Tambun, Abdullah Bin Yahya
Apakah pendirian Amanah Perak jika ada wakil rakyat yang lompat parti?
Pertembungan antara pas dan amanah. Macam mana nak atasi tanggapan orang bukan islam
terhadap Amanah dengan konsep rahmah.
Persediaan Amanah menghadapi PRU-15 perlu lebih agresif dan bermatlamat.
f) Perwakilan Kuala Kangsar, Shaharuddin Bin Mohd Said
Gerak kerja politik dan pilihanraya perlu sentiasa bergerak
Kerja yang sedikit tetapi berterusan lebih baik daripada kerja banyak tetapi terus terhenti.
Teruskan menyebarkan agenda rahmah di peringkat kawasan dan cawangan
g) Perwakilan Padang Rengas,Mohamad Faizal Bin Mohamad Kher
Pemimpin perlu menjaga tutur kata ketika menguruskan parti.
Pemimpin perlu cakna serba sedikit dalam media sosial agar dikenali masyarakat
h) Perwakilan Gopeng, Mohd Zaharul Sani Bin Mohd Said
PRU-15 akan datang akan lebih mencabar. Gerak-gerak kerja berfokus untuk mendapatkan
pengundi mestilah ditingkatkan.
Sistem online perlu dimanfaatkan dengan sepenuhnya
Pengerusi Negeri perlu tegas dalam isu calon dan disiplin dalam parti.
i) Perwakilan Lumut,Rahim Bin Omar
16

