Page 120 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 120

Seni Bahasa
                                                Wira Cilik
           Afifi membacakan rakan-rakannya kisah fiksyen seorang wira cilik yang
           bersemangat patriotik.

          Awang seorang yang cerdik dan kreatif. Walaupun
          baru berusia 11 tahun, dia suka meneroka pelbagai
          jenis ilmu. Sikapnya itu menarik minat Profesor Azlan.
          Beliau telah menguji bahan kajiannya terhadap
          Awang. Hasilnya sungguh menakjubkan. Awang kini
          mempunyai kuasa luar biasa. Dia berkuasa pintar
          dengan kebolehan membaca peta dan kod rahsia.          • bidang sains penyiasatan
                                                                 • kuasa pendengaran dan kecekapan minda

                                      Pada suatu hari, Profesor Azlan meminta Awang
                                      menyelesaikan misi khas bagi negaranya. Awang akur
                                      demi menjaga keselamatan negara daripada penjenayah
                                    alam sekitar. Walaupun dia tidak mengangkat senjata
                            seperti perajurit di perbatasan, dia ingin menggunakan kelebihan
                    diri membanteras musuh negara. Misi Awang membantu pihak berkuasa
          • pengkhianat ekonomi negara  menghalang kes pembuangan sisa kimia dan toksik secara
          • kes penyeludupan         haram. Jika tidak dibanteras, ekonomi negara akan lumpuh.

              Awang dan Profesor Azlan menuju ke empangan. Di sana, mereka
         menyamar sebagai penduduk tempatan. Dengan kuasa yang ada,
         Awang dapat memintas perbualan penjenayah dengan lebih
         pantasnya. Dia juga dapat mengakses maklumat penting
         tentang lokasi perbuatan jenayah alam sekitar tersebut.




                                                Awang menyalurkan maklumat kepada pihak
                                           berkuasa. Dia sedar akan bahaya yang dihadapinya.
                                           Demi negara, dia sanggup berkorban. Kes tersebut
                                           akhirnya berjaya diatasi. Profesor Azlan dan Awang
                                           menghilangkan diri dan meneruskan misi mereka
                                           yang lain.


                  Aktiviti
           Bercerita dengan mengubah suai perkataan yang berwarna ungu.

                           • Bimbing murid mengubah suai cerita secara separa berpandu dan mempersembahkannya
                     Nota
                     Guru    secara kreatif.
          106       4.3.2    Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme     KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                             EMK: Kreativiti dan Inovasi
          KPM
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125