Page 115 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 115
Seni Bahasa
Murid Misali
Afifi dan kakaknya, Asnita, mempunyai impian untuk terpilih sebagai tokoh
murid misali di sekolah. Mereka mengarang gurindam sebagai motivasi bagi
mencapai cita-cita itu.
Gurindam Asnita Gurindam Afifi
Apabila selalu menabur jasa, Apabila selalu memberikan bakti,
Tentunya budi dikenang sentiasa. Tentunya bakti sentiasa di hati.
Jika kita sentiasa dikenang, Jika kita sentiasa di hati,
Tandanya kita insan cemerlang. Tandanya kita murid dihormati.
Apabila peribadi disanjung orang, Apabila peribadi ___,
Tandanya kita contoh terbilang. Tandanya kita ___.
Apabila tersematnya jati diri, Apabila tersematnya jati diri,
Bakallah selamat hidup disinari. Bakallah ___.
Murid yang menjadi pemimpin,
Ibarat lampu dan terang bak lilin.
___
Murid yang memberikan panduan,
Bagaikan sinar dalam kegelapan.
Apabila hidup berbuat baik,
Tanda diri berhati cantik.
___
Apabila rajin damping ilmu,
Kejayaan bakal datang bertamu.
dipuji rakan
suri teladan
IMBAS SAYA
amalan cemerlang hebat disiplin disuburi
menjadi ikutan
bintang malam gemilang membantu insani
denai di tengah hutan suka menabur jasa
berjiwa murni
tiba tidak kira masa
Aktiviti
Mengubah suai gurindam dan mempersembahkannya secara kreatif.
• Bimbing murid mengubah suai gurindam dengan bahasa yang indah secara separa berpandu
Nota
Guru dan mempersembahkannya secara kreatif.
4.3.1 Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik KBAT: Menganalisis – Menyesuaikan 101
EMK: Nilai Murni – Berhemah Tinggi
KPM

