Page 116 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 116

Tatabahasa
                                          Anak Watan Berjaya
            Puan Nazimah berkongsi kisah yang boleh diteladani oleh Azrul dan Afifi.











                         1                             2                        3

            Budiman anak kampung            Pada suatu hari, Budiman  Budiman membanting
            yang susah. Namun begitu,       nekad untuk beradu        tulang hingga dapat
            dia tidak berasa rendah diri.   nasib di luar negara.     membuka restoran sendiri
            Dia seorang yang ringan         Dia makan gaji sebagai    di luar negara. Hidangan
            tulang. Dia juga ada hati       tukang masak di kapal.    nasi lemak dan masakan
            untuk berjaya seperti           Dia menjadikan kerjaya    tradisi Malaysia menjadi
            anak-anak kampung               ini sebagai batu loncatan   buah mulut di sana.
            yang lain.                      untuk lebih berjaya.      Biarpun berjaya,
                                                                      beliau tidak bersikap
                                                                      hidung tinggi.









                       4                           5
           Beliau juga                   Warga tempatan bangga
           mempersembahkan seni          dan menerima beliau dengan         Munsyi Cilik
           dan budaya Malaysia           tangan terbuka. Sikap beliau
                                                                         Kata majmuk
           di restoran. Persembahan itu   yang mesra dan tidak lupa
                                                                         kiasan ialah
           membuka mata pengunjung       daratan dihormati oleh warga    kata majmuk
           tentang keunikan budaya       Malaysia di sana. Sebagai       yang bermaksud
           tanah air. Kedengaran         anak dagang, beliau sedar       simpulan bahasa
                                                                         seperti rendah diri,
           juga lagu-lagu asli Melayu    bahawa jati diri yang kukuh     ringan tulang dan
           sebagai halwa telinga         perlu sentiasa disemai dalam    ada hati.
           mereka.                       diri.


                  Aktiviti

           Mengenal pasti kata majmuk kiasan dan membina ayat menggunakan
           kata majmuk kiasan mengikut konteks.

                            • Bimbing murid memahami dan menggunakan kata majmuk kiasan mengikut konteks.
                     Nota
                     Guru     Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme   KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
          102       5.2.2     EMK: Nilai Murni – Patriotisme
                     (ii)
          KPM
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121