Page 176 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 176

Tatabahasa
                                               Tiba-tiba Cerah

           Afifi melihat ayahnya menambah baik sistem lampu di dalam
           bilik air. Dengan ayahnya, Afifi berbual-bual. Setelah selesai, Afifi
           menyenaraikan kebaikan teknologi tersebut kepada alam sekitar.

           Afifi:   Apakah yang sedang ayah lakukan?
           Ayah:   Ayah memasang sensor pergerakan pada lampu ini.
           Afifi:   Ayah memasang sensor pergerakan ini, mengapa?
           Ayah:   Untuk mengelakkan pembaziran elektrik, ayah memasang sensor ini.
                   Adik kamu, apabila keluar dari bilik air, selalu lupa mematikan suis lampu.
           Afifi:  Bagaimanakah alat ini berfungsi, ayah?
           Ayah:  Dengan alat ini, lampu di dalam bilik air akan menyala secara automatik
                  apabila adanya pergerakan. Akan terpadam secara automatik pula lampu
                  apabila tiadanya pergerakan.
           Afifi:  Wah, sangat bagus sensor ini!
           Ayah:  Ya, Afifi. Teknologi ini sangat cekap. Yang lebih penting, alat ini dapat
                  menyokong usaha pelestarian alam.
           Afifi:  Terima kasih, ayah, kerana mengajar kami untuk memelihara alam kita ini.










                                                      mengurangkan                       alam
                          jimat                       pencemaran                         sekitar
                          tenaga                      karbon                             terpelihara

              Munsyi Cilik

          Ayat susunan biasa ialah ayat yang subjeknya    Ayat susunan songsang ialah ayat yang predikatnya
          di hadapan dan predikatnya di belakang.       di hadapan dan subjeknya di belakang.
                            Contoh:                                       Contoh:
                  subjek               predikat               predikat               subjek

           Sensor pergerakan ini  menjimatkan elektrik.  Menjimatkan elektrik  sensor pergerakan ini.


                  Aktiviti
           Mengenal pasti dan membina ayat susunan biasa dan ayat susunan
           songsang.

                            • Bimbing murid memahami dan membina ayat susunan biasa dan ayat susunan songsang
                     Nota
                     Guru    mengikut konteks.
          162       5.3.4     Strategi PdP: Pembelajaran Masteri              KBAT: Menganalisis – Membina
                              EMK: Kelestarian Alam
          KPM
   171   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181