Page 178 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 178

Pengayaan


           Tulis ayat untuk menyatakan pendapat.
                      Sungai Nadi Kehidupan

           Jason, rakan Afifi dari Sabah, telah menghantar
           e-mel kepada Afifi. Jason ingin bertanyakan
           pendapat Afifi tentang Sungai Nadi Kehidupan (ROL).
               E-mel                                                              Cari

           Daripada: jasonjamily@gmel.com

           Kepada: afifinazri@gmel.com
           Perkara: Sungai Nadi Kehidupan

           Ke hadapan sahabatku, Afifi, semoga dalam keadaan sihat sejahtera selalu.
                 Tujuan saya menulis e-mel ini adalah untuk bercerita tentang projek Sungai Nadi
           Kehidupan yang dijalankan di Kuala Lumpur. Saya terbaca bahawa projek ini adalah untuk
           mengembalikan kelestarian dan kebersihan sungai-sungai di sana.
                 Saya juga melihat keadaan Sungai Gombak dan Sungai Klang di pusat bandar raya
           Kuala Lumpur melalui Internet. Keadaannya banyak berubah sekarang. Timbul keinginan
           saya untuk mengunjungi Kuala Lumpur bagi melihat keindahan sungai-sungai tersebut.
                 Saya juga dimaklumkan bahawa indeks kualiti air bersih di kedua-dua batang sungai
           itu telah mencapai 76 peratus. Hal ini telah menjadikan Sungai Gombak dan Sungai Klang
           setaraf dengan beberapa batang sungai yang bersih di luar negara.
                 Kini, Sungai Gombak dan Sungai Klang menjadi tarikan kepada pelancong
           di Kuala Lumpur. Pelancong boleh menikmati keindahan pantulan cahaya lampu neon,
           di samping pancutan air di tengah-tengah sungai.
                 Saya berharap agar kamu dapat memberikan pendapat tentang coretan saya ini dan
           gambar-gambar yang saya sertakan. Saya menantikan balasan e-mel daripada kamu.
           Saya akhiri e-mel saya dengan ucapan terima kasih.

          Afifi membalas kiriman e-mel Jason.

               E-mel                                                              Cari

           Daripada: afifinazri@gmel.com

           Kepada: jasonjamily@gmel.com
           Perkara: Pendapat Saya tentang Sungai Nadi Kehidupan

           Ke hadapan sahabatku, Jason, semoga dalam keadaan sihat sejahtera
           selalu. Pada pendapat saya, pihak berkuasa telah berusaha untuk
           memulihara sungai-sungai di negara ini. Selain itu, ___.

                    3.2.1
          164
          KPM
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183