Page 179 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 179

Pengukuhan


            Baca dan fahami teks. Kemudian,
            buat pertimbangan dan keputusan.


                               Rencana




               Uniknya Lembangan Maliau
               Lembangan Maliau terletak di bahagian selatan Sabah. Lembangan ini disempadani tebing
               curam berketinggian 1675 meter dari aras laut. Jalan masuk ke sana hanyalah dengan
               kenderaan pacuan empat roda melalui bandar Keningau atau bandar Tawau sejauh 190
               kilometer.
                   Lembangan Maliau ini unik kerana lembangan ini merupakan
               kawasan tadahan besar yang mengalir dari Sungai Maliau dan
               berakhir di Sungai Kinabatangan. Hasil kajian mendapati sungai
               di kawasan ini sangat bersih dan dikategorikan dalam kelas pertama.
               Sungai ini menjadi nadi penting bagi kelangsungan ekosistem di sini.

                   Di sini juga, terdapat banyak air terjun yang masih belum
               diteroka atau diberikan nama, di samping sebuah tasik air
               tawar yang besar. Para pengkaji telah menemui fosil haiwan
               marin dari 16 hingga 17 juta tahun dahulu di kawasan tasik tersebut.
                   Lembangan Maliau juga diserikan dengan keindahan flora.
               Kawasan hutan dihijaui dengan pelbagai lumut dan kulat. Yang
               lebih menarik, bunga orkidnya lebih besar dan jambaknya lebih
               panjang  daripada  biasa.  Lembangan  Maliau  juga  kaya  dengan
               kepelbagaian spesies fauna yang melengkapi rantaian ekosistem. Lembangan ini menjadi
               khazanah dan syurga tumpuan para penyelidik dan pencinta alam seluruh dunia.


              (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada majalah Era Hijau, Jabatan Alam Sekitar Malaysia)



                                          Sekiranya kamu dipilih sebagai ahli dalam
                                          pasukan pengkaji alam, mahukah kamu
                                          mengikuti mereka? Jelaskan alasan kamu.

                                                                                           ___
                                          Di Lembangan Maliau ini, adanya
                   Aktiviti               arang batu bergred tinggi.
                                          Bersetujukah kamu jika dibina                     ___
                                          lombong arang batu di sana?
                                          Mengapa?
               Nota
               2.2.1
               Guru
               1.2.2                                                                            165
               2.2.1
                                                                                                KPM
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184