Page 184 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 184
Menulis
Awas, Akaun Keldai!
Farisha menyertai program Skim Galakan Simpanan Pelajar (SGSP)
di sekolah. Selepas membuka akaun simpanan, Farisha melihat
pameran poster yang menarik perhatiannya.
APAKAH AKAUN KELDAI?
Akaun bank seseorang individu yang digunakan oleh orang lain
untuk transaksi kewangan yang tidak sah atau menyalahi
undang-undang.
RM
HANTAR
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN
• Jangan benarkan akaun bank kamu digunakan oleh penjenayah
kewangan atau orang lain.
• Jangan mudah percaya akan tawaran wang bagi penggunaan akaun kamu.
• Usah dedahkan maklumat peribadi perbankan kamu kepada pihak ketiga.
HUKUMAN DAN TINDAKAN TERHADAP PEMILIK AKAUN KELDAI
• Pemilik akaun boleh didakwa atas kesalahan menyembunyikan atau
memindahkan harta orang lain yang membawa hukuman penjara 5 tahun
atau denda atau kedua-duanya.
• Akaun bank akan disekat dan kamu tidak boleh membuat sebarang transaksi
perbankan.
(Sumber: Bank Negara Malaysia)
___ ___
___ ___
1. Siapakah pemilik akaun keldai?
2. Nyatakan kesan terhadap pemilik akaun keldai.
3. Mengapakah masih ramai pemilik akaun yang menjadi mangsa akaun keldai
tanpa disedari?
4. Pada pendapat kamu, bagaimanakah dapat kita menyedarkan orang ramai agar
tidak menjadi pemilik akaun keldai?
Aktiviti
Menghasilkan jawapan dengan alasan secara kritis dan kreatif.
• Bimbing murid menghasilkan jawapan dengan alasan secara kritis dan kreatif.
Nota
Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Menganalisis – Mengenal pasti
170 3.2.2 EMK: Nilai Murni – Bertanggungjawab
KPM

