Page 185 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 185

Seni Bahasa

                                  Sediakan Payung sebelum Hujan

             Farisha ingin menyertai pertandingan pantun sempena minggu
             keusahawanan sekolahnya. Dia mula berlatih untuk membina pantun.


                  Wanginya aroma bunga telepok,
                      Tiada di hutan sukar dicari;
                  Diberikan nama insurans berkelompok,
                      Tanda ingatan pemimpin bestari.





                                                     Naik perahu pergi ke kota,
                                                         Pergi bertiga menjual bemban;
                                                     Ambillah tahu akan hak kita,
                                                         Agar keluarga tidak terbeban.




                  Berenang memerang bersama tuntung,
                      Tersangkut kaki terkena joran;
                  Murid sekarang sungguh beruntung,
                      Insurans dimiliki tanpa bayaran.





                                                         Pohon koko tumbuh sekata,
                                                             Petik bersama muat di pedati;
                                                         Jauhkan risiko diri kita,
                                                             Insurans diterima sebagai ganti.

                Lebah bersarang di pokok jelutung     Pisang kaki di atas ran
                Ikan gelama dibuat keropok            Ayam kinantan dimasak kari

                Senang keluarga tiada terbeban        Ambillah tahu manfaat kita
                                                                                       IMBAS SAYA
                Insurans diterima syukur di hati      Kurangkan risiko diri kita

                   Aktiviti
             Mengubah suai pantun dan mempersembahkannya.

                      • Bimbing murid mengubah suai puisi dan mempersembahkannya secara kreatif.
               Nota
               Guru     Strategi PdP: KP – Verbal-linguistik     KBAT: Mengaplikasi – Menyesuaikan
               4.3.1    EMK: Bahasa                                                             171
                                                                                                KPM
   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189   190