Page 190 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 190

Seni Bahasa
                                         Hobi Menjadi Wang


               Bakal Usahawan Arnab                              Bakal Usahawan Ikan Pelaga



               Farisha sangat suka akan arnab.
               Ayahnya telah membelikan Farisha                                     Amira
               sepasang arnab. Pada masa lapang,                                    sepasang ikan
               Farisha bermain-main dengan arnab                                    pelaga
               tersebut.



                 Ayah dan abang Farisha membina
               sangkar di belakang rumah mereka.
               Farisha dan ibu memberi arnab
               makanan dan membersihkan sangkar                                     memasang rak
               arnab. Arnab milik Farisha membiak                                   akuarium
               dengan cepatnya.


                 Bilangan arnab belaan Farisha
               semakin banyak. Bahagian belakang
               rumahnya penuh dengan sangkar
               arnab. Farisha mengambil gambar                                      pelbagai media
               arnab-arnab yang comel itu dan                                       sosial
               memuat naiknya dalam Instagram.


                 Keluarga Farisha tidak menyangka
               bahawa ramai peminat arnab
               menghubungi Farisha. Mereka ingin                                    koleksi ikan
               membeli arnab-arnab milik Farisha.                                   pelaga
               Farisha menjual arnab tersebut
               dengan harga yang berpatutan.



                 Sejak itu, barulah Farisha sedar
               bahawa hobinya itu mendatangkan
               wang. Dia berharap agar dapat
               menjadi usahawan arnab pada                                          rezeki
               suatu hari nanti.



                  Aktiviti
           Mengubah suai cerita dan mempersembahkannya.

                           • Bimbing murid mengubah suai cerita dengan bahasa yang indah dan santun serta
                     Nota
                     Guru    mempersembahkannya secara kreatif.
          176       4.3.2    Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme  KBAT: Mencipta – Menggubah
                             EMK: Keusahawanan
          KPM
   185   186   187   188   189   190   191   192   193   194   195