Page 33 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 33

Pemulihan



             Baca dan fahami petikan teks. Kemudian, nyatakan respons daripada

             maklumat tersurat.
                                               Sukan Regata
            Afifi tertarik akan rencana tentang sukan regata dalam majalah Dewan Budaya yang
            dibacanya. Afifi ingin mengetahui sukan ini dengan lebih lanjutnya. Oleh itu, dia terus
            ke rumah Jimi.
                  Keluarga Jimi berasal dari Sarawak. Setahun sekali, mereka akan pulang
            ke Sarawak. Jimi selalu bercerita tentang kemeriahan sukan regata yang berlangsung
            di kampungnya.
                  Encik Rebai, ayah Jimi, menunjukkan gambar sukan regata. Menurut
            Encik Rebai, sukan regata ialah perlumbaan sukan perahu. Sukan ini memerlukan
            semangat kerjasama dan persefahaman yang kuat. Tanpa kerjasama yang erat,
            tentunya sukar bagi sesebuah pasukan untuk menang.
                  Banyak kategori dalam sukan regata, berdasarkan bilangan pengayuh.
            Antaranya termasuklah 10 orang pengayuh, 15 orang pengayuh dan 30 orang
            pengayuh. Kayuhan mestilah mempunyai
            kekuatan yang sama dan mengikut arahan
            ketua jurumudi.
                  Ketua jurumudi yang dilantik mestilah
            seorang yang bijak. Beliau mestilah
            mengetahui cara untuk memberikan arahan
            mengikut keadaan semasa perlumbaan.




                                   Maklumat Tersurat                                  Respons
                Afifi ingin mengetahui sukan ini dengan lebih lanjutnya.                ___

              Jimi selalu bercerita tentang kemeriahan sukan regata yang
              berlangsung di kampungnya.                                                ___

              Sukan ini memerlukan semangat kerjasama dan persefahaman
              yang kuat.                                                                ___

              Kayuhan mestilah mempunyai kekuatan yang sama dan
              mengikut arahan ketua jurumudi.                                           ___

               Ketua jurumudi yang dilantik mestilah seorang yang bijak.                ___



               2.1.1
                                                                                                 19
                                                                                                KPM
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38