Page 59 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 59

Pengukuhan


             Baca dan teliti maklumat dalam teks untuk membuat rumusan.
                                             Senaman Ringan

             Faris, abang Farisha, menyiapkan tugasannya di dalam bilik bacaan. Hampir seharian
             dia di situ. Ketika Farisha ke bilik Faris untuk menghantar novel yang dipinjamnya, dia
             mendapati Faris sedang membuat senaman sambil duduk.
                  “Mengapakah abang bersenam sambil duduk?” tanya Farisha.
                  Faris menjelaskan bahawa senaman yang dilakukannya ialah senaman ringan.
             Senaman ringan ini sering dilakukan oleh pekerja di pejabat, guru, penulis dan murid.
                  “Tujuan senaman ringan adalah untuk mengelakkan kekejangan otot, risiko
             penyakit jantung, diabetes dan hipertensi. Penyakit ini mudah dihidapi apabila duduk
             secara berterusan melebihi dua jam. Senaman ini menjadikan diri lebih segar dan
             cergas,” jelas Faris.
                  Faris menunjukkan risalah cara-cara senaman ringan tersebut.











                      leher                tengkuk               sisi leher             lengan
                Rapatkan dua belah       Tolak kepala        Letak tapak tangan   Tegakkan badan. Tangan
               tapak tangan dan tolak    ke bawah dengan    di sisi kepala dan tolak   kanan tarik siku kiri
                   dagu ke atas.       kedua-dua tangan.     ke kanan dan ke kiri.  ke bawah. Ulang gerakan
                                                                                     bagi siku kanan.










                      bahu               sisi pinggang           pinggang                paha
               Tolak siku kiri ke dalam  Luruskan kedua-dua  Kedua-dua tangan di lutut.   Pegang lutut kiri dan
               dengan tangan kanan.     tangan dan tolak       Pusing badan       angkat ke atas. Ulang
                Ulang gerakan bagi         ke atas.          ke kanan dan ke kiri.  gerakan bagi lutut kanan.
                   siku kanan.

            (Sumber: Kementerian            Tujuan
            Kesihatan Malaysia)                                     Kebaikan
                                              ___
                                                                       ___

                           Sasaran                                             Rumusannya, ___.
                             ___
               2.3.1
                                                                                                 45
                                                   Senaman
                                                     Ringan                                     KPM
   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64