Page 60 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 60

Penilaian
                                    Makanan Sihat Minda Cerdas




           Kumpulan 1                                                          Kumpulan 3
           nasi, mi, roti,                                                   Ikan, ayam, daging
           bijirin dan                                                            dan kekacang.
           ubi-ubian.                                                                   Susu dan
                                                                                  produk tenusu.


           Kumpulan 2                                                          Kumpulan 4

           Buah-buahan dan                                                       Lemak, minyak,
           sayur-sayuran.                                                       gula dan garam.







              Tugasan Kerja Projek

           1. Bahagikan murid kepada empat kumpulan.

           2. Sediakan fail untuk menyimpan hasil kerja setiap kumpulan.
           3. Beri setiap kumpulan peranan dan tugas masing-masing, iaitu:
             • Cari dan catatkan maklumat tentang fungsi, kebaikan dan jumlah
                pengambilan makanan dalam kumpulan makanan yang diberikan
                daripada pelbagai sumber. Kemudian, bincangkannya.
             • Rujuk kamus untuk mencari makna perkataan yang sukar.

           4.  Bentangkan hasil perbincangan secara main peranan mengikut kreativiti
             kumpulan dengan menggunakan kata adjektif sifatan atau keadaan,
             warna dan ukuran.

                     Contoh:
                     Nama saya nasi. Badan saya berwarna putih. Saiz saya kecil.
                     Nama saya ___ .
                     Saya dalam kumpulan ___ .

                     Fungsi saya ___ .

           5.  Tulis sebuah pidato bertajuk “Makanan Sihat Minda Cerdas” berdasarkan
              maklumat yang dicatat.


                    1.2.2
                    2.1.2
           46       3.3.1
                    5.1.3
          KPM
   55   56   57   58   59   60   61   62   63   64   65