Page 63 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 63

Membaca

                                   Keselamatan Makanan ketika Banjir

             Afifi dan Kai Jun membaca notis keselamatan makanan ketika banjir.
             Kemudian, mereka berbincang untuk membuat rumusan.


                                            NOTIS PERINGATAN
                               Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
                                      Kementerian Kesihatan Malaysia
              Bencana banjir mampu mencetuskan penularan penyakit berjangkit. Pada musim banjir,
              sumber makanan lebih mudah tercemar. Maka, orang ramai diingatkan agar menjaga
              keselamatan makanan ketika banjir.

              •  Elakkan pengambilan makanan yang telah tercampur dengan air banjir. Makanan tersebut
                mungkin telah tercemar oleh pelbagai agen pencemar seperti najis sisa kumbahan.
              •  Elakkan pengambilan makanan yang tidak disimpan di dalam bekas yang bertutup rapat.
                Makanan tersebut  dikhuatiri telah  dicemari oleh  haiwan pembawa bakteria  atau virus
                seperti lalat, tikus dan lipas.
              •  Pastikan makanan di dalam tin tidak rosak. Tin yang sudah kemik, bocor, berlubang,
                berkarat atau menggelembung antara petunjuk bahawa keadaan makanan di dalamnya
                telah berubah.
              •  Basuh tempat penyediaan makanan dan peralatan makanan sebelum menggunakannya.
                Basuhnya dengan sabun dan air bersih atau dengan siraman air panas. Anda juga boleh
                merendamnya sekurang-kurangnya 15 minit di dalam air panas.
              •  Minum air bersih yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan. Jangan sesekali
                minum air mentah.

                                       (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada notis Bahagian Keselamatan
                                       dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia)


                 Maklumat 1                                                       Maklumat 5
                                          Keselamatan Makanan
                                                ketika Banjir


                 Maklumat 2                                                        Maklumat 4
                                                 Maklumat 3




                                            Rumusannya, ___ .
                   Aktiviti
            Membaca maklumat untuk membuat rumusan.

                      • Bimbing murid meneliti kandungan teks bukan sastera untuk membuat rumusan.
               Nota
               Nota
               Guru     Strategi PdP: Belajar Cara Belajar   KBAT: Menganalisis – Membuat rumusan
               Guru
               2.3.11    EMK: Nilai Murni – Rasional                                             49
               2.3.
                                                                                                KPM
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68