Page 68 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 68

Tatabahasa
                                      Keluar dengan Tenangnya

           Keluarga Encik Nazri mengamalkan panduan keselamatan sebelum bercuti.

                                           Encik Nazri memberitahu Encik Teong dan Encik
                                           Ravin bahawa beliau sekeluarga akan bercuti.
                                           Mereka ialah jiran Encik Nazri. Tindakan Encik Nazri
                                           tersebut adalah sebagai makluman supaya mereka
                                           dapat mengawasi rumah ketika ketiadaan beliau
                                           sekeluarga. Tindakan bijak ini adalah penting demi
                                           keselamatan harta benda.


             Si Kelabu dan Si Putih    arnab peliharaan Afifi.
             Dia menghantar haiwan peliharaannya ke Pusat
             Jagaan Haiwan. Pusat ini menawarkan penjagaan
             eksklusif bagi haiwan peliharaan melalui konsep
             hotel. Perkhidmatan ini     mudah bagi orang yang
             mementingkan keselamatan haiwan peliharaan
             semasa bercuti.



                                           Encik Nazri memasang suis pemasa automatik.
                                           Pemasa automatik       alat untuk mengawal dan
                                           menetapkan tempoh lampu menyala. Pemasa
                                           automatik     penting sebagai alat keselamatan
                                           ketika penghuni tiada di rumah pada waktu malam.





             Encik Nazri juga melaporkan ketiadaan beliau
             sekeluarga di rumah kepada Encik Azlan. Encik
             Azlan      anggota polis. Encik Nazri memberikan
             alamat rumah kepada beliau. Maklumat ini
                 untuk memudahkan pihak polis membuat
             rondaan bagi mengekang pencerobohan.



                                          Munsyi Cilik
                                       Kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama, manakala adalah
                  Aktiviti             hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
           Mengecam dan melengkapkan ayat dengan menggunakan kata pemeri.

                            •  Bimbing murid memahami dan menggunakan kata pemeri mengikut konteks.
                     Nota
                     Guru     Strategi PdP: Pembelajaran Masteri   KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
           54       5.1.4    EMK: Keselamatan
                      (i)
          KPM
   63   64   65   66   67   68   69   70   71   72   73