Page 71 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 71

Selepas ceramah, Kelab Drama SK Seri Damai membuat persembahan

             drama tentang kejadian kes ragut.


             Watak:    Pencerita, Polis, Puan Leela
                       (mangsa ragut), Encik Zaki dan
                       Puan Zila (suami isteri)
             Tempat:   Di tepi jalan


             Seorang anggota polis sedang membuat rondaan. Beliau melihat seorang wanita
             sedang menenangkan wanita yang menangis.
             Polis:        Apakah yang telah berlaku, puan?
             Puan Zila:    Beliau nyaris menjadi mangsa ragut.
             Polis:        Bolehkah puan beritahukan nama dan ceritakan kejadian yang berlaku?
             Puan Leela:  Nama saya Leela a/p Ravi. Saya berjalan kaki ke kedai. Ketika saya
                           keluar dari persimpangan jalan, tiba-tiba seorang penunggang motosikal
                           cuba meragut beg tangan saya. Saya bernasib baik kerana semasa
                           pergelutan, pemandu kereta telah berhenti dan membantu saya.
             Encik Zaki:   Ya, tuan. Saya ternampak seorang penunggang motosikal yang
                           mencurigakan sedang menuju ke arah Puan Leela. Situasi itu saya
                           nampak jelas kerana Puan Leela berjalan dari arah yang bertentangan.
                           Saya membunyikan hon. Kami juga menjerit supaya peragut itu lari.
             Puan Zila mengeyakan keterangan suaminya.

             Polis:        Terima kasih. Tindakan Encik Zaki memang bagus. Begitu juga Puan
                           Leela, berjalan dari arah yang bertentangan. Kita perlu sentiasa peka
                           akan persekitaran. Jika berjalan sendirian, elakkan laluan yang sunyi dan
                           gelap. Jika tiada pilihan, kamu mestilah ditemani orang lain.
             Puan Leela:  Baiklah, tuan. Pesanan tuan akan saya ingat.


                                                Jenayah Ragut


                            Lokasi        Golongan      Sebab-sebab     Langkah-langkah
                            sasaran        sasaran         berlaku       keselamatan




                                           Rumusannya, kes ragut ___.

                   Aktiviti
             Membaca dan meneliti kandungan teks untuk membuat rumusan.

                      • Bimbing murid membaca dan meneliti kandungan teks karya sastera dan karya bukan
               Nota
               Guru    sastera untuk membuat rumusan.
               2.3.1    Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme  KBAT: Menganalisis – Membuat rumusan           57
                        EMK: Nilai Murni – Berhati-hati   PAK-21: Main Peranan
                                                                                                KPM
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76