Page 81 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 81
Tatabahasa
Buli Siber
Tinesh menonton wawancara tentang buli siber dalam televisyen.
Apakah kata mereka?
Buli siber ialah perbuatan mengancam, memalukan atau
menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej,
e-mel, laman sosial, telefon bimbit atau permainan Internet.
Encik Azman bin Abu,
Pegawai Komunikasi dan Multimedia
Buli siber terbahagi kepada beberapa jenis seperti:
• menghantar mesej, foto, video yang mengganggu seseorang;
• menyalahgunakan kata laluan dan menyamar sebagai orang lain; dan
• memulaukan individu daripada kumpulan Internet dengan sengaja.
Inspektor Karim bin Zaki,
Pegawai Polis
Cara mencegah buli siber termasuklah:
• amalkan keselamatan dan etika melayari Internet;
• jangan kongsikan butiran peribadi dalam Internet; dan
• awasi nada dan makna mesej yang ditulis. Mungkin maknanya
boleh disalah tafsir.
Encik Yunus bin Ali,
Aktivis Sosial
Buli siber boleh menyebabkan mangsa resah, murung serta
mendapat penyakit yang berkaitan dengan tekanan. Dalam kes
tertentu, buli siber boleh menyebabkan mangsa melakukan perkara
negatif.
Puan Suraya binti Saiful,
Guru Bimbingan dan Kaunseling
Munsyi Cilik
Kata berimbuhan awalan ialah kata yang menerima imbuhan pada awal kata dasar seperti mengancam dan
terbahagi. Kata berimbuhan akhiran ialah kata yang menerima imbuhan pada akhir kata dasar seperti amalkan
dan awasi.
Aktiviti
Mengenal pasti dan membina ayat dengan menggunakan kata berimbuhan
awalan dan kata berimbuhan akhiran.
• Bimbing murid memahami dan menggunakan kata berimbuhan awalan dan kata berimbuhan akhiran.
Nota
Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
5.2.1 67
(i,ii) EMK: Keselamatan
KPM

