Page 76 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 76
Tatabahasa
Waspada Arus Karau
Ketika di Terengganu, Encik Nazri telah membawa Afifi dan Azrul
bersiar-siar di tepi pantai.
Afifi: Wah, jernihnya air laut ini! Seronok jika dapat mandi-manda.
Ayah: Jika mandi di laut, kamu harus berhati-hati dengan arus karau. Kamu juga patut
tahu berenang kerana jika berlaku sesuatu, kamu dapat menyelamatkan diri.
Afifi: Apakah arus karau, ayah?
Ayah: Arus karau ialah arus kuat yang boleh menarik seseorang dari pantai dengan
tiba-tiba. Biasanya, yang pandai berenang pun mungkin tewas dan panik
apabila diserang arus karau. Itulah punca berlakunya lemas.
Azrul: Baru-baru ini, saya ada terbaca berita tentang seorang anggota keluarga telah
menjadi mangsa arus karau. Bagi langkah keselamatan, pantai-pantai yang
terdedah kepada arus karau mula dikenal pasti. Kini, tempat-tempat tersebut
masih ditutup untuk aktiviti air.
Afifi: Kalau begitu, saya akan belajar berenang sebagai langkah keselamatan.
Ayah: Ya, Afifi, Azrul. Kamu bukan sahaja perlu tahu berenang, kamu juga
harus – taklimat keselamatan mesti – dipantau patut – peka situasi
dapat – belajar teknik mungkin – kejadian pernah – arus karau
sudah – cekap boleh – membantu masih – bahaya
Munsyi Cilik
Kata bantu ialah kata yang memberikan makna tambahan dari segi waktu dan ragam pada predikat.
Dibahagikan kepada kata bantu aspek dan kata bantu ragam.
Kata bantu aspek menimbulkan suasana perbezaan masa. Contoh: telah, akan, baru dan masih.
Kata bantu ragam menerangkan ragam perasaan. Contoh: mungkin, boleh, dapat dan harus.
Aktiviti
Menyatakan dan membina ayat menggunakan kata bantu.
• Bimbing murid memahami dan menggunakan kata bantu.
Nota
Guru Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
62 5.1.4 EMK: Nilai Murni – Berhati-hati
(iii)
KPM

