Page 79 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 79

Gurindam Kit
                    Kecemasan Kenderaan


                 Jika bergeraknya roda,                                    KIT
                 Kit kecemasan perlu ada.
                                                             KECEMASAN
                 Jika tayar pancit di perjalanan,
                 Perlu ada tayar simpanan.                    KENDERAAN


                 Jika berhenti pada waktu malam,
                 Jaket pantulan menyinari kelam.                 12 BARANG PENTING
                                                            YANG PERLU ADA DI DALAM

                 Jika hujan tanpa diduga,                          KENDERAAN ANDA
                 Adanya payung terasa lega.

                                                                                Perkakas
                 Jika jauh perjalanan,                               Payung   Pelbagai Guna
                 Pengecas telefon dalam simpanan.                                           Segi Tiga
                                                                                          Keselamatan
                                                              Tukul
                 Jika sakit tiba-tiba melanda,              Keselamatan
                                                             Pelbagai
                 Ubat-ubatan perlu tersedia.                  Guna                              Kabel
                                                                                               Pelompat
                 Jika air lupa dibawa,                     Peti Pertolongan
                 Enjin panas mencengkam jiwa.                 Cemas


                 Jika ada kabel pelompat,
                 Bateri lemah dipulih cepat.                Lampu Suluh                          Tayar
                                                             dan Bateri                         Simpanan
                                                             Tambahan                           dan Alat
                                                                                                Penukar
                 Jika ada lampu suluh,                                                           Tayar
                 Melihat enjin tiada berkeluh.
                                                                   Pengecas                  Air
                                                                   Telefon
                                                                    Bimbit  Jaket
                 Jika semuanya lengkap,                                  Keselamatan  Pemadam
                                                                                    Api Kecil
                 Itulah tanda pemandu yang cekap.                          Pantulan
                                                                           Cahaya
                                                              (Sumber: Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia)




                              IMBAS SAYA


                   Aktiviti

             Membaca dan mempersembahkan karya sastera.

                      • Bimbing murid membaca dan mempersembahkan karya sastera dengan pelbagai bentuk penyampaian.
               Nota
               Guru     Strategi PdP: Belajar Cara Belajar           KBAT: Mengaplikasi – Menunjukkan
               2.3.2    EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya                                   65
                                                                                                KPM
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84