Page 90 - BUKU TEKS BAHASA MELAYU TAHUN 5
P. 90

Membaca
                                          Semarak Perpaduan
           Farisha sedang membaca rencana tentang aktiviti yang dapat
           menyemarakkan perpaduan antara kaum.


             Rencana





            Semarakkan Detik Perpaduan

            Persefahaman rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama amat penting
            untuk mengekalkan perpaduan. Oleh itu, terdapat beberapa langkah bagi
            menyemarakkan perpaduan sekali gus mewujudkan keharmonian.
                 Hubungan kekeluargaan yang erat asas pemupukan perpaduan dalam
            masyarakat. Peranan ibu bapa mencorakkan keperibadian anak-anak dengan
            amalan menghormati kaum lain dapat melahirkan keharmonian. Semangat
            persaudaraan dalam pergaulan harian perlu dididik sejak kecil, melentur buluh
            biarlah waktu rebungnya.
                 Seterusnya, institusi pendidikan juga berperanan untuk menyemarakkan
            perpaduan. Murid-murid perlu didedahkan dengan sistem pendidikan yang dapat
            menjamin hubungan yang utuh. Mereka perlu dididik dengan sifat toleransi dan
            saling bekerjasama dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Pergaulan
            mesra antara murid berbilang kaum ini asas kehidupan bermasyarakat yang
            harmoni.

                 Di samping itu, anak-anak perlu digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang
            berlainan kaum. Situasi itu dapat diamalkan apabila mereka saling mengunjungi
            majlis sambutan perayaan. Dalam kelompok masyarakat pula, mereka
            dapat berkomunikasi dalam aktiviti
            gotong-royong dan aktiviti sosial
            penduduk yang menjamin kerjasama
            antara kaum.
                 Kesimpulannya, semua pihak
            haruslah berganding bahu dalam
            pemupukan nilai perpaduan
            dalam kehidupan. Dengan
            semangat kekitaan, perpaduan
            akan terus subur.



           76
          KPM
   85   86   87   88   89   90   91   92   93   94   95